SAFETY FIRST!!…Kena Selalu Ingat…


Faktor hubungan seks tidak selamat atasi penagihan dadah di Malaysia

TREND peningkatan kes HIV/Aids di Malaysia ketika ini bukan lagi disebabkan masalah penagihan dadah dan penggunaan jarum suntikan, sebaliknya hubungan seks yang tidak selamat lelaki dengan perempuan serta aktiviti homoseksual.

Sejak 1994, kes jangkitan HIV membabitkan wanita mencatat peningkatan kepada 104 berbanding 66 kes pada tahun sebelumnya, manakala kes Aids tertinggi dicatatkan pada 2006 membabitkan 222 kes. Pada 2007, 745 kes baru HIV dicatatkan di kalangan wanita, manakala 131 kematian direkodkan untuk tahun sama.

Mungkin ada yang mengaitkan peningkatan itu disebabkan ‘perkhidmatan’ pekerja seks. Namun, perangkaan Kementerian Kesihatan bagi tempoh 1986 hingga 2007 menunjukkan hanya 482 kes membabitkan golongan itu.

Sebaliknya, kes jangkitan HIV paling ramai dikesan membabitkan suri rumah sepenuh masa atau 2,438 kes, manakala kes Aids untuk suri rumah pula sebanyak 497 kes.

Setakat akhir Disember 2008, sejumlah 704 kes baru HIV dikesan di kalangan wanita, manakala 114 kematian wanita disebabkan Aids dicatatkan untuk tahun sama bagi wanita ialah sebanyak 114. Malah di negara ini, lebih 80,000 orang positif dengan HIV dikesan sejak 1986.

Senario membimbangkan dan mengejutkan kerana menyaksikan perubahan trend itu turut diakui Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datin Paduka Chew Mei Fun.

“Trend ini sudah berubah. Jika dulu, sebut saja kes HIV/Aids di Malaysia, ia pasti dikaitkan dengan penagihan dadah, tetapi pada masa sekarang, faktor hubungan seksual antara suami isteri serta golongan homoseksual juga menjadi punca meningkatnya kes HIV/Aids,” katanya.

Hakikatnya, peningkatan HIV/Aids disebabkan hubungan seks tidak selamat sudah bermula sejak pertengahan 1990 dan semakin ketara sejak kebelakangan ini. Sebagai perbandingan, bagi 2003, 70.2 peratus kes HIV di Malaysia disebabkan hubungan heteroseksual, 23.2 peratus penggunaan jarum suntikan dan selebihnya faktor lain.

Bagi 2006 pula, 875 kes baru jangkitan HIV dicatatkan di kalangan wanita dengan 222 kes Aids, manakala setakat Disember lalu, kurang 10 peratus daripada keseluruhan 84,630 kes yang dilaporkan, membabitkan wanita dan gadis. Secara purata, 19 peratus kes baru membabitkan wanita – jumlah tertinggi dilaporkan sejak HIV mula dikesan di Malaysia.

Malah sejak permulaan epidemik HIV/Aids di negara ini, penyebab utamanya ialah penggunaan jarum yang tercemar di kalangan penagih dadah, diikuti faktor golongan heteroseksual. Bagaimanapun sejak lima tahun kebelakangan ini, trend baru peningkatan kes HIV dicatat dalam kalangan wanita dan kanak-kanak perempuan.

Untuk tahun lalu saja, golongan wanita dan kanak-kanak adalah satu per lima atau 20 peratus daripada keseluruhan kes baru di seluruh negara.

Di seluruh Asia misalnya, sejumlah lima juta orang disahkan HIV positif pada 2007. Namun pasti ramai terkejut apabila mengetahui Malaysia menjadi antara negara tertinggi mencatat kes HIV/Aids di Asia Tenggara.

Bagi rantau Asia, penggunaan jarum suntikan masih menjadi faktor utama, misalnya di China, India, Pakistan dan Vietnam. Apa yang pasti, faktor hubungan heteroseksual dan homoseksual semakin meningkat, khususnya di India, Indonesia, Pakistan dan Afghanistan. Kajian di Bangkok, Thailand dan Ho Chi Minh di Vietnam turut menunjukkan peningkatan kes HIV/Aids berkait rapat dengan hubungan golongan homoseks.

Pengarah Institut Kesihatan Global Antarabangsa, sebuah agensi di bawah Universiti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Tan Sri Dr Mohamed Salleh Mohamed Yasin, berkata walaupun HIV dan Aids sudah dikenali sejak dua dekad lalu tetapi ia masih kekal sebagai masalah yang belum lagi berkesudahan.

Walaupun ada antiviral yang melewatkan Aids di kalangan pesakit yang positif HIV tetapi usaha mengawal HIV daripada tersebar dilihat masih mencabar.

Di seluruh dunia, jumlah mereka yang positif HIV meningkat, begitu juga kematian disebabkan Aids. Malah 33 juta penduduk dunia hidup dengan HIV. Bagi 2007, sejumlah 2.7 juta orang yang positif HIV adalah golongan dewasa dan kanak-kanak.

Hari ini di Malaysia, walaupun kes baru yang positif HIV berkurangan berbanding lima tahun lalu, namun peningkatan kes baru pula, kebanyakannya membabitkan hubungan seksual antara lelaki dan wanita, selain lelaki dan lelaki. Ia perkembangan yang menakutkan kerana membabitkan golongan isteri dan kanak-kanak.

“Kebanyakan golongan ini tidak didiagnosis. Mereka tidak tahu status HIV mereka. Ada yang sudah sakit tetapi tidak tahu masalah kesihatan yang mereka hadapi. Sebenarnya, kembali kepada pegangan agama adalah jalan terbaik. Bagi golongan agama, membuang stigma dan bersikap terbuka untuk membantu mereka kembali pada agama memberi dimensi baru bagi pencegahan HIV/Aids di Malaysia,” kata Dr Mohamed Salleh.

Pengerusi PT Foundation, Hisham Hussien, berkata jalan terbaik mengekang penularan HIV/Aids ialah dengan kembali kepada ajaran agama masing-masing. Namun, jika ia terlalu berat untuk dilakukan, mengamalkan seks selamat adalah cara terbaik.

Katanya, dengan peningkatan kes HIV/Aids di kalangan wanita dan kanak-kanak, ia sebenarnya menzalimi mereka yang tidak berdosa.

“Sayangi isteri dan keluarga, amalkan seks selamat dan ketahuilah setiap orang berpotensi dijangkiti HIV/Aids,” katanya.

Katanya, walaupun isteri setia dengan suami dalam hubungan intim, suami mungkin tidak jujur dalam perhubungan. Selain itu faktor suami penagih dadah juga memungkinkan isteri dijangkiti HIV.

Seperti yang kerap ditekankan kerajaan, setiap orang perlu memahami bagaimana HIV/Aids berjangkit kerana ia tidak merebak melalui sentuhan atau duduk berdekatan dengan pesakit, sebaliknya berjangkit melalui jarum suntikan dan hubungan seks tidak selamat.

Justeru, sesiapa saja yang tidak berhati-hati seperti kerap bertukar pasangan dan tidak mengamalkan seks selamat, perlu menyedari mereka bukan lagi berdepan risiko jangkitan penyakit kelamin, tetapi juga dijangkiti HIV/Aids.

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Ciri Nak Melancap??

Ciri Nak Melancap??


Ada di antara kita mengatakan onani atau mastubasi akan menyebabkan tumbesaran terjejas dari segi ketinggian atau fizikal. Ini adalah salah anggap (myth) yang sering dikaitkan dengan onani.Ada beberapa lagi kesan-kesan yang tidak akan terjadi bila melakukan onani:

– Lelaki tidak akan mengalami kekeringan sperma jika kerap melakukan onani.

– Onani tidak menyebabkan masalah fizikal seperti sakit lutut dan pinggang serta masalah mental malah boleh mengakibatkan buta.

– Onani tidak hanya dilakukan individu yang tiada pasangan seksual sahaja.

– Onani tidak akan mengeringkan tenaga dari badan.

Dari segi pandangan perubatan moden, onani adalah selamat dan tidak membahayakan. Seseorang sepatutnya tidak perlu merasa bersalah atau tertekan selepas masturbasi.

Kajian menunjukkan antara 40 hingga 95% populasi mengamalkan onani tanpa mengira jantina dan status perkahwinan.

Kesan dan kelebihan onani dari pandangan moden

– Memberi kelegaan kepada ketegangan seks (sexual tension) – onani adalah cara paling selamat kerana tidak membawa risiko mengandung atau jangkitan penyakit transmisi seks seperti HIV.

– Suatu cara seseorang lelaki atau perempuan mendapat kenikmatan seksual jika tidak dapat melakukan hubungan seks.

– Meningkatkan aliran darah ke bahagian kemaluan dan seterusnya meningkatkan fungsi serta kesihatan seksual.

– Memberi peluang kepada seseorang mengenali dan memahami fokus erotik pada badan sendiri.

– Sering diguna untuk merawat masalah anggota seksual tidak berfungsi.

– Bagi perempuan, onani boleh membantu mengenali dan mencapai orgasme.

– Bagi lelaki ia boleh membantu meningkatkan tempoh ejakulasi dan mengawalnya.

Ramai orang tertanya-tanya soal kekerapan atau frekuensi onani yang dianggap normal. Sebenarnya, ia terpulang kepada individu yang menentukan. Pakar seksual menganggap ia akan menimbulkan masalah jika seseorang mengabaikan tugas seharian, tanggungjawab dan hubungan kerana terlalu kerap melakukan onani.

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Tentang kondom

Tentang Kondom


Setiap lelaki atau perempuan yang aktif secara seksual seharusnya tahu bagaimana memilih dan menggunakan kondom. Ada beberapa jenis kondom klasik yang efektif sebagai alat mencegah penyebaran penyakit menular seksual.Kondom dibuat dari kulit biri-biri lambskin atau lateks, dan tersedia dalam versi dengan pelincir atau tanpa pelincir. Sebahagian mengandung spermisida yang dianggap membantu dalam mencegah penyebaran HIV. Kondom jenis lain berwarna atau mempunyai rasa mint hingga ke buah-buahan. Ukurannya adalah sesuai untuk semua jenis zakar tidak kira kecil atau besar.

Kondom jenis apa yang harus dibeli? Pertama, kondom yang dibeli harus memiliki standard yang ketat, yakni 99,99% yang dipilih secara teliti dan bebas dari kebocoran. Secara amnya, empat dari seribu kondom akan bocor. Oleh itu berhati-hati ketika memeriksanya.

Kondom lateks dan nonoxyno-9l menawarkan perlindungan terbaik terhadap penyakit menular seksual dan HIV.

Kondom yang nonlubricated atau flavored lebih digemari oleh sebahagian kaum Hawa untuk melakukan seks oral. Setelah seks oral, gantilah kondom yang mengandung spermisida. Jangan menggunakan pelincir yang mengandung minyak pada kondom lateks kerana dapat merosakkan atau menyebabkan kebocoran.

Kondom lambskin menghasilkan sensasi lebih besar menurut kebanyakan lelaki, tetapi tidak memberikan perlindungan terhadap infeksi. Kondom tersebut pori-porinya lebih banyak dibandingkan lateks . Kondom lateks adalah pilihan terbaik untuk untuk hubungan seks dan oral.

Sebaiknya tidak menggunakan kondom yang telah rosak, lusuh atau berubah warnanya. Simpan di tempat sejuk dan kering.

Consumer Report di Amerika menguji 37 jenis kondom. Tiga puluh yang di uji telah koyak, manakala tujuh kondom yang berada di tangga teratas adalah Excita Extra Ultra-Ribed with spermicide; Ramses, Extra Ribed, with spermicide, Sheik Elite 1; Lifestyles Vibraribbed; Ramses Extra, with spermicide; Ramses Sensitol; Sheik Elite, Ribbed with spermisida.

Penelitian di Amerika menunjukkan, pasangan yang tidak menikah biasanya menggunakan kondom tiga sampai enam kali, kemudian tidak menggunakannya lagi kerana, ‘telah mengenal satu sama lain’.

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Air Mani Kasi Pekat BAru Bestt!!!

Air Mani Kasi Pekat BAru Bestt!!! 10 benda bagi air mani pekat….. 1. Jangan kerap bersetubuh kerana lebih kerap anda mencapai ejakulasi, isi padu air mani makin berkurangan dan cair. Jika ejakulasi selang tiga hari, air mani lebih mantap. 2. Elak tabiat merokok dan minum minuman keras. Kedua-dua perkara itu merendahkan tahap hormon testosterone yang mustahak untuk fungsi optima pundi yang menghasilkan air mani. 3. Lakukan senaman secara berkala. Lakukan senaman kegel atau kemut, iaitu mencengkam otot lantai pelvis atau otot pembukaan lubang najis dan lubang kencing. 4. Makan makanan berkhasiat yang mengandungi kurang lemak, tinggi khasiat protein, sayur-sayuran dan kekacang. Semua itu sesuai untuk kesihatan sperma dan kandungan air mani. Kurangkan makanan pedas dan berempah. 5. Elakkan buah zakar terdedah kepada kepanasan. Kepanasan menjejaskan kilang sperma. Pakai seluar dalam longgar seperti seluar pendek ‘boxer’ dan elak sauna atau merendam badan dalam air panas. 6. Kurangkan berat badan jika didapati meningkat. Peningkatan lemak perut mengganggu kestabilan hormon testosterone. 7. Belajar mengurus tahap tekanan secara positif melalui yoga dan bertakafur kerana tekanan memberi kesan negatif kepada kesihatan badan. 8. Dapatkan urutan badan yang menyegarkan supaya otot selesa dan badan tenang serta mudah berinteraksi secara seksual dan memberi isi padu air mani yang lebih. 9. Makan makanan tambahan dan herba yang dapat membantu meningkatkan isi padu air mani dan bilangan sperma. Kekacang membantu meningkatkan sperma, zink dapat memantapkan kilang sperma. 10. Herba Horny Goat Weed atau Epimedium, Tribulus dan extrak standard Tongkat Ali (NU-PREP75) semuanya dapat membantu meningkatkan tahap hormon testosterone dan DHEA yang secara langsung dapat membantu memantapkan pundi serta kilang sperma. Semua ini boleh didapati dari farmasi. Lakukan hubungan seksual sebelah pagi atau petang kerana ketika itu mudah mengalami pemanasan yang dapat membina kecergasan pundi yang menghasilkan air mani. Jika lakukan seks sebelah malam, tahap keaktifan badan menurun dan rangsangan kurang, jadi pengeluaran air mani juga kurang.

Posted in Uncategorized | Leave a comment